- Antara makanan yang seuai dijadikan makanan pertama bayi ialah
Bubur nasi yang dikisar halus. Gunakan beras perang untuk lebih khasiat.
Pisang lenyek - Ubi keledek, labu, brokoli, kacang pis yang telah dimasak dan dikisar menjadi puri
Buah epal, pir dimasak dan dikisar menjadi puri - Bijirin segera permulaan tanpa susu dan perasa
- Jangan campurkan lebih daripada satu jenis makanan buat permulaan kerana jika alahan berlaku anda mudah mengesan makanan yang patut dielakkan. Perkenalkan makanan satu demi satu dan tunggu 4 hingga 7 hari sebelum mencuba makanan lain.
Tekstur Yang Sesuai - Untuk permulaan, makanan bayi hendaklah dikisar halus.
- Anda juga boleh menggunakan penapis halus untuk menapis makanan sambil melenyeknya.
- Cairkan makanan dengan menggunakan susu ibu atau susu formula yang bersesuaian.
Tambahkan kepekatannya apabila anak anda telah menerima dengan baik tekstur makanan tersebut.
Kuantiti Yang Sesuai - Mulakan dengan sesudu hingga dua sudu makanan yang dicairkan sehari sekali.
- Tambahkan kuantitinya jika bayi anda masih ingin makan.
- Jangan terlalu banyak kerana makanan pelengkap bukan diet utama bayi. Sumber khasiat bayi yang utama sepatutnya datang daripada susu.
Ujian hidup
4 years ago
No comments:
Post a Comment