Showing posts with label baby food. Show all posts
Showing posts with label baby food. Show all posts

Sunday, December 6, 2009

ish! kena tipu suda..

adoai..mami da kena kelentong da...
smlm..mami bwk nawfal p carrefour..huhu saje ajak abi kuar jejalan..xde idea nk p mane..tp nk kuar gak dr umah..jd p carrefour jela isi perut..

huhu sampai carrefour, ttbe mami rs nk beli menan plak utk nawfal..pusing punye pusing, xde yg bekenan..ade yg bekenan mcm mini lappy, barney radio xde stok plak..sudahnye mami sambar fisher price christmas combo..huhu isi nye ade 2 menan nie


lps da bayar segala, trusla ke foodcourt..niat di hati xmo mkn nasik..sudahnye mkn nasi..ttbe mami tringat yg mami lupe nk bwk bubur nawfal..adess..kritikal..ttbe mami tepikir, nk try bg nawfal mkn KFC whipped potato..tp xmo gravy la..huhu mami budget, potato saje, okeh kot..xdela garam, msg segala..

mami pon beratur la kat kaunter..utk kepastian, sblm beli, mami siap tanye kat cik adik manis kat kaunter tuh.."cik adik manis,akak nk nk whipped potato tp xmo gravy..tp sblm tuh nk tanyela..potato tuh hangpa sume ade buh msg, garam segala x??"

wahaha mami nie sgtla skema+protokol ek..aloo ape la salahnye kalu ade garam sket..huhu lantak p la org nk kate ape..jgn weh..skang nie, anak2 kite dlm tempoh pembesaran tahap yg sgtla kritikal & perlukan penjagaan siyes..kesannye mmgla x nmpk skang..mmgla anak kite mkn bagai nak ghak..suke kan??senyum kan sambil mkn??huhu tp sbb mami nie da de bad experience..huhu ghase2 xmo dah bg nawfal lalui..cukupla amik pengajaran dr pe yg jd kat baba long nawfal..

ok..back to cik adik manis kat kaunter..dgn konfidennye dia jwb "eh, mmg xde kak..kentang semata..gravy baru de msg, garam segala..doc pon kate, potato nie (KFC nye) mmg sesuai utk baby.."

mami pon ape lg, cargas nye membeli yg small..

da selamat pon masuk perut nawfal..ttbe pg nie, mami rs mcm xsedap ati plak..huhu wat research sket huhu korek sane korek sini..huwaaaa mami kena tipu dah ngn cik adik manis kat kaunter..ko pepandai je ek dik..ko nk pomote kentang lenyek ko..ko siap kate doc pon kate boleh ek..

cube tgk nie;

KFC Mashed PotatoesWhipped Mashed Potatoes with delicious brown Gravy. They go together like the Colonel and KFC.

Ingredients:
2 1/2 cups Idaho Potato Flakes
1 stick Margarine
2 tablespoons Butter
2 1/2 cups Hot Water
3/4 cup Milk
1 teaspoon salt


adehh..sah mami kena dah..sian kat nawfal..huhu tobat this is 1st n last..kalu nawfal besar sket takpe dah..

cik adik manis kaunter KFC, kalau ikut hati x waras nie, ku cubit2 kamu hahaha..

Tuesday, November 3, 2009

stok puree



jom kite tgk stok puree nawfal..
smlm mami siapkn stok puree nawfal..i.alla dptla jimatkn sket mase penyediaan bubur nawfal & pstikan nwfal dpt yg terbaik setiap hari..frozen puree x bermakna x berkhasiat okeh..same aje konsepnye mcm chill ebm n frozen ebm..mmg mayb kurang sket khasiatnye dr yg fresh tp sgtla lbey baik dr yg instant..

plan mami: hasilkn 4 jenis puree
  • puree carrot
  • puree babycorn
  • puree brokoli
  • puree kurma (abi requested)

tempoh thn: 1-2week.

mule2 basuh besih2 sayur n kupas kulit bagi yg perlu



rebus tp jgn lame ye nnt ilang plak khasiatnye

toskan
blender one by one

tadaaaaa..asingkan n buh dlm bekas dadih nie..sedia utk dicampur ngn bubur nasi

Monday, October 19, 2009

Makanan Pertama Bayi anda

Makanan Yang Sesuai
  • Antara makanan yang seuai dijadikan makanan pertama bayi ialah
    Bubur nasi yang dikisar halus. Gunakan beras perang untuk lebih khasiat.
    Pisang lenyek
  • Ubi keledek, labu, brokoli, kacang pis yang telah dimasak dan dikisar menjadi puri
    Buah epal, pir dimasak dan dikisar menjadi puri
  • Bijirin segera permulaan tanpa susu dan perasa
  • Jangan campurkan lebih daripada satu jenis makanan buat permulaan kerana jika alahan berlaku anda mudah mengesan makanan yang patut dielakkan. Perkenalkan makanan satu demi satu dan tunggu 4 hingga 7 hari sebelum mencuba makanan lain.

    Tekstur Yang Sesuai
  • Untuk permulaan, makanan bayi hendaklah dikisar halus.
  • Anda juga boleh menggunakan penapis halus untuk menapis makanan sambil melenyeknya.
  • Cairkan makanan dengan menggunakan susu ibu atau susu formula yang bersesuaian.
    Tambahkan kepekatannya apabila anak anda telah menerima dengan baik tekstur makanan tersebut.

    Kuantiti Yang Sesuai
  • Mulakan dengan sesudu hingga dua sudu makanan yang dicairkan sehari sekali.
  • Tambahkan kuantitinya jika bayi anda masih ingin makan.
  • Jangan terlalu banyak kerana makanan pelengkap bukan diet utama bayi. Sumber khasiat bayi yang utama sepatutnya datang daripada susu.

Bagaimana memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi

Menjadi seorang ibu atau bapa, kita harus bersedia untuk belajar bersama bayi perkara-perkara baru. Pengenalan kepada makanan pelengkap merupakan satu lagi langkah untuk bayi keluar dari zon selamat di dalam rahim.

Apa yang bayi anda makan akan memberikan kesan yang amat mendalam terhadap perkembangan simanja anda di tahun pertama kehidupannya.Perkenalkan bayi anda makanan pelengkap setelah bayi betul-betul bersedia.

Gunakan peralatan yang betul dengan jenis, tekstur dan kuantiti makanan yang sesuai. Berikut adalah panduan ringkas pemberian makanan pelengkap kepada bayi.

Apa Yang Anda Perlu Anda

  1. Sudu plastik bersaiz kecil
    Anda juga boleh menggunakan hujung jari anda untuk menyuap bayi. Celupkan jari anda (yang telah dibasuh bersih) ke dalam makanan bayi dan biarkan bayi menjilat dan menghisapnya.
  2. Bekas makanan yang sesuai
    Bib (napkin makan bayi) untuk bayi yang besar sedikit.
    Amaran : Jangan menggunakan botol susu yang dibesarkan lubangnya untuk memberi makanan pelengkap kepada bayi


Cara Memberi Bayi Makan

  • Waktu yang terbaik untuk anda mula memberi makanan pejal ialah bila bayi tidak terlalu lapar dan belum lagi kenyang.
  • Pilih hari hujung minggu, waktu pagi setelah bayi bangun tidur untuk mula memberi bayi makan.
  • Bersihkan tangan dan peralatan sebelum menyediakan dan memberi makan bayi.
    Dudukkan bayi di pangkuan anda atau dikerusi makan yang sesuai dengan umurnya.
  • Galakkan bayi membuka mulutnya sendiri dengan meletakkan jari anda atau sudu yang berisi sedikit makanan di tepi bibirnya supaya bayi menjilat makanan tersebut.
    Selepas bayi membuka mulut, suapkan makanan dengan meletakkannya di lidahnya.
    Biar bayi telan sebelum meneruskan suapan seterusnya.
  • Lihat pada tanda-tanda penolakan untuk berhenti memberi bayi makan. Itu tandanya bayi anda sudah kenyang .
  • Jangan memaksa jika bayi tidak mahu membuka mulut dan tidak berminat untuk makan. Cuba lagi lain kali dan teruskan penyusuan eksklusif seperti biasa.
  • Jangan risau jika anda lihat najis bayi anda akan berubah tekstur, warna dan juga bau selepas dia mula makan makanan pejal. Jika najisnya keras, hentikan dahulu pemberian makanan yang menyumbang kepada sembelit tersebut.

Wednesday, September 30, 2009

cont:sesi Q&A tentang pemakanan bayi

huhu
credit to one of blogger. mami mmg suke sgt follow blog sis nie..bykkkkklaaa sgt info berguna yang mami dpat..

nie mami nk share lg info ttg pemakanan bayi nie..

1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.
Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.
2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.
3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.
4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.
5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.
6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan).
Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.
8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.
9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.
10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.
11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.
12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.
13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.
14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.
15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.
Peringkat pemakanan bayi
Peringkat 1 (5-7 bulan)
Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu)
• Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.
• Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 – 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.•
Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:
1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).2. Lenyekkan atau blender buah.3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.
Peringkat 2 (8 – 11 bulan)
Bentuk makanan yang sesuai adalah sayur-sayuran seperti bayam, saleri (boleh membuatkan makanan menjadi wangi dan menyelerakan) sawi, carrot, brokoli, labu, keledek dan kentang.Boleh beri bayi makan campuran sayur-sayuran yang direbus atau di steam sahaja atau boleh juga ditambah ke dalam bubur nasi.
Pastikan sayur-sayuran tersebut separuh masak sahaja bagi memastikan vitamin dan khasiatnya tidak hilang.Ikan bilis, ayam atau ikan salmon juga boleh ditambah ke dalam bubur. Pastikan bubur dilenyek atau diblender terlebih dahulu.
Peringkat 3 (12 – 18 bulan)
Pada peringkat ini, air kopi, teh, dan kekacang masih belum sesuai diberi.Jus buah-buahan yang segar seperti oren atau apple boleh diberi kepada bayi tetapi pastikan dicampur dengan banyak air masak.
Yogurt buah-buahan bukan citrus boleh mula diberikan kepada bayi sebagai campuran ke dalam fruits puree atau dimakan begitu sahaja semasa tea time.
Apabila bayi mencapai usia setahun, bilangan waktu makannya bertambah kepada 4 kali (breakfast, lunch, tea dan dinner).
Contoh makanan yang sesuai:
• Breakfast (7.30 – 8.30 pagi): Sekeping roti bakar @ cereal+susu (nestum, cornflakes)
• Lunch (11.30 – 12.30 tgh): Nasi panas+sayur yang dipotong halus+ikan salmon @ ayam
• Tea (3 – 4 ptg): Fruits puree + yogurt• Dinner (6 – 6.30 ptg) : Keledek + kentang + carrot + daun saleri yang direbus sekejap, digaul bersama dan dilenyek.
Sumber dari: susuibu.com

sesi Q&A tentang pemakanan bayi..

huhu..
mami sgtla nebes..

i.allah bulan depan nawfal dah 6bulan..6bulan means, nawfal dah boleh mule makan..yipppii!!

tapi mami agakla nebes sket..mami dok cari info2 berguna tentang makanan permulaan bagi bayi yang berumur 6bulan ke ats nie..

byk yang mami cari..

cthnye, resepi2 berguna, bagaimana penyediaan makanan utk nawfal secara betul, berapa kali sehari, ape yang digalakkan, ape yang patut dielakkan & macam2 lagila..

alhmdulillah,
nie salah satu link berguna yg mami dpt dekat web mypermatahati.com.

jadi utk kengkawan yang nak tau serba sedikit ttg Q&A yg berguna, moh kita sama2 baca k!

happy reading..

"Utusan Malaysia - 19/02/2006"
SOALAN: Saya tetap memberi susu ibu sahaja kepada bayi sejak dia lahir dahulu, dan bekalan susu saya masih bagus walaupun bayi sudah berumur sembilan bulan. Bayi saya sangat aktif, mampu merangkak dan sedang belajar berdiri dengan sokongan perabot.
Adakah biasa bagi seorang bayi berusia sembilan bulan enggan memakan makanan pejal dan hanya ingin meminum susu ibu? Saya sudah mencuba pelbagai cara untuk menggalakkannya makan, tetapi dia selalu enggan.
Akan tetapi, dia nampak berminat dengan makanan apabila melihat suami dan saya makan, walaupun apabila kami cuba menyuapkannya dia tidak mahu makan. Adakah bayi saya mendapat nutrien-nutrien yang mencukupi daripada susu ibu, memandangkan umurnya sudah hampir setahun?
JAWAPAN: Susu ibu tidak memberi nutrien yang mencukupi untuk seorang bayi berumur sembilan bulan. Pada bulan keenam, pemberian makanan pelengkap mesti dimulakan.
Pada mulanya, bayi mungkin memakan hanya sedikit, tetapi jumlah makanan yang diambil akan bertambah apabila bayi semakin mahir memakan makanan separuh pejal dan lama-kelamaan, makanan pejal.

Adalah satu perkembangan yang baik apabila bayi anda berminat hendak makan apabila melihat ibu dan ayahnya sedang makan. Berikannya semangkuk makanannya sendiri dan biar dia cuba menyuap sendiri.

Tidak kira berapa banyak makanan yang sebenarnya dapat memasuki perutnya. Ini adalah hanya untuk membantunya belajar menyuap sendiri. Lebih baik jika anda juga menyuap si bayi dengan menggunakan sudu pada masa ini. Walau bagaimanapun, anda harus teruskan penyusuan ibu atau memberi susu ibu yang diperah kepadanya.

Memberi makan kepada seseorang bayi berumur sembilan bulan memang mempunyai cabarannya, tetapi dalam masa yang sama amat menyeronokkan juga. Pada umur ini, kebanyakan bayi sudah tumbuh beberapa batang gigi manakala otot-otot mulut dan lidah mereka bertambah kuat.

Ini bermakna bayi lebih mudah mengunyah dan menelan makanan, dan anda boleh memberikannya makanan yang semakin pejal selain bubur, bijirin dan sayur-sayuran lecek yang si bayi selalu makan beberapa bulan yang lalu.
Anda masih perlu berhati-hati dengan memastikan bayi tidak diberikan makanan yang sukar digigit, dikunyah atau ditelan.

Pada umur ini, si bayi juga mampu memegang sebarang objek dengan kuat. Ini bermakna anda kini boleh mula mengajarnya bagaimana untuk menyuap sendiri.
Berikan makanan seperti nuget ayam dan ikan tanpa tulang dalam potongan yang kecil (lebih baik jika dibuat sendiri supaya anda boleh memastikan ia tidak mengandungi garam, perisa atau bahan-bahan pengawet tambahan).

Selain itu, anda juga boleh berikan buah-buahan atau sayur-sayuran yang dipotong kepada saiz yang sesuai dengan bayi. Rebus, tapis dan kisar beberapa biji tomato untuk mendapat sos tomato yang boleh dimakan dengan makanan tersebut.

Ataupun, berikannya sebatang sudu plastik yang bersaiz kecil dengan semangkuk ubi kentang dan kacang pis yang dilecek. Berseronoklah memerhatikan si manja anda makan. Berikan perhatian anda apabila bayi makan, walaupun dia kini mampu menyuap sendiri.
Si bayi hanya dapat memakan sedikit sahaja pada bila-bila masa, sebab saiz perutnya yang masih kecil. Jangan berasa kecewa jika dia enggan makan selepas memakan hanya satu dua sudu makanan.

Terus berikannya makan setiap satu atau dua jam pada sepanjang hari, dan berikan susu ibu seperti biasa. Asalkan kadar tumbesaran si bayi adalah baik dan dia kekal aktif dan sihat sejahtera, anda tidak harus berasa terlalu risau dengan pemakanannya.
Anda harus menjadikan waktu makan suatu pengalaman yang seronok dan gembira bagi si bayi. Jangan jadikan pengalaman ini terlalu susah bagi si bayi serta diri anda sendiri. Si bayi akan lebih ingin mencuba makanan-makanan baru dan memakan dengan cara yang lebih matang jika proses ini mudah dan menyeronokkan.

SOALAN: Bilakah harus saya memberi bayi saya makanan selain daripada susu ibu?
JAWAPAN: Bayi sepatutnya diberi susu ibu sahaja selama sekurang-kurangnya enam bulan. Akan tetapi, untuk mengetahui bilakah masa yang tepat untuk memulakan makanan pejal, anda perlulah melihat perkembangan bayi.

Tanda yang paling ketara yang boleh dilihat ialah bayi masih kelihatan lapar selepas menyusu (lapan hingga 10 kali penyusuan atau 32 oz/946ml susu formula sehari). Bayi anda mungkin kelihatan berminat atau berkelakuan aneh apabila anda makan.
Bayi yang sudah bersedia untuk makan makanan pejal boleh mengangkat dan menyokong berat kepala sendiri. Berat badan bayi sekurang-kurangnya 6kg dan sudah dua kali ganda daripada berat lahir.

Bayi menunjukkan sifat ingin tahu tentang dunia sekelilingnya, mengekori objek dengan mata dan tersenyum apabila melihat sesuatu.

Bayi baru lahir akan menolak lidahnya ke luar mulut apabila sesuatu dimasukkan ke dalam mulut. Untuk memberi bayi makanan pejal, bayi perlulah dapat mengatasi refleks tolakan lidah yang kuat yang sedia wujud sejak lahir.

Kebanyakan bayi bersedia untuk menerima makanan pejal sekitar usia empat hingga enam bulan. Anda tidak perlu melihat kalendar; cuma perhatikan tanda-tanda perkembangan bayi.
Jika bayi merengek atau tidak menunjukkan minat untuk makan, kembalilah kepada penyusuan secara eksklusif untuk seminggu dua lagi dan cuba sekali lagi. Anda tidak perlu tergesa-gesa sebelum bayi berusia enam bulan.

SOALAN: Berapa banyak garam yang selamat ditambahkan ke dalam sayur kukus lecek untuk bayi saya yang berusia tujuh bulan?
JAWAPAN: Garam berbahaya untuk bayi yang masih kecil, khususnya yang berusia di bawah empat bulan, kerana buah pinggang mereka masih belum matang dan tidak boleh mengumuhkan garam ke dalam air kencing.

Diet yang mengandungi terlalu banyak garam boleh menyebabkan bayi mengalami pendehidratan yang, dalam keadaan yang terlampau, boleh menyebabkan kerosakan organ.

Bayi memang memerlukan garam dalam jumlah tertentu di dalam dietnya tetapi ia sudah dibekalkan oleh susu ibu atau susu formula dan selepas empat bulan, ia boleh didapati daripada makanan yang tidak diproses seperti nasi, buah-buahan dan sayuran.

Jangan tambahkan garam ke dalam makanan bayi sewaktu atau selepas memasak makanan tersebut.

Anda juga perlu berhati-hati terhadap lain-lain perasa yang mengandungi garam, misalnya kicap, sos tomato, sos tiram dan sebagainya.

Ia tidak perlu ditambahkan ke dalam makanan bayi sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 12 bulan. Jika anda menyediakan hidangan untuk seluruh ahli keluarga, ketepikan bahagian untuk bayi sebelum menambah garam.

Soalan: Bolehkah bayi (enam bulan ke atas) menjadi pemakan sayur (vegetarian)?
Jawapan: Terdapat beberapa jenis falsafah pemakanan sayur. Diet yang paling ketat ialah vegan yang tidak mengandungi sebarang jenis makanan yang berasaskan haiwan, termasuk susu dan telur.

Terdapat zat-zat tertentu yang tidak hadir atau terlalu kurang dalam diet pemakan sayur, terutamanya vitamin B12, zat besi dan protein.

Adalah lebih mudah untuk memastikan pemakanan yang mencukupi untuk bayi anda jika dia tidak mengamalkan diet vegan.

Akan tetapi, jika anda melakukan perancangan yang bijak dan berhati-hati, anda masih boleh memberikan pemakanan sayur yang berkhasiat dan pelbagai kepada bayi anda.
Untuk melakukan perkara ini, anda perlu memastikan si bayi mengambil makanan daripada kumpulan makanan berikut pada setiap hari iaitu bijirin, susu dan hasil tenusu, kacang dan biji benih serta; kekacang, kacang dan hasil soya.

Jika bayi anda tidak mengambil makanan daripada kumpulan makanan ini atas sebarang alasan (misalnya jika dia cerewet makan, tidak gemarkan tekstur atau rasanya, alah atau tidak toleransi terhadap makanan tertentu atau faktor budaya), maka anda perlu mendapatkan nasihat dari pakar pemakanan atau pakar diet.

Soalan dijawab oleh Prof. Madya Dr. Poh Bee Koon.